~SYAhadatul HAq~
Assalamu’alaikum..
Saya telah beralih ke blogspot tapi masih dalam proses pembinaan lagi —> ZAHRAH IZZATI. Jemput ziarah (”,) Tak sayang? siapa kata. Mula aktif di fs blog sejak 13 Jun 2007, walaupun tak terlalu lama, tapi saya teringat zaman ketika saya mula berjinak-jinak dalam penulisan, hihi.. kelakar.
Sejak kedatangan beribu-ribu spam, saya mula bosan dan beralih ke blogspot. Sudah malas nak delete spam yang banyak tu. Selain tu, disebabkan wireless di kg baru ni yang agak lembap, saya merasakan blogspot memerlukan masa buffer yang agak sekejap berbanding di sini.. huhu.. apa-apa je la sebabnya. Asalkan perjuangan tetap diteruskan.
Baiklah, jumpa di ZAHRAH IZZATI.. wassalamu’alaikum..
Assalamu’alaikum..
Kurang bersemangat untuk menaip namun ku gagahkan diri..
Dapatkah anda bezakan dua kata perintah ini?
A) Wei, ko tolong passkan kertas tu!
B) Siti, boleh tak awak tolong passkan kertas tu untuk saya?
Sudah tentunya kita lebih senang untuk bergerak dengan ayat B). Sebenarnya, apa yang ingin aku sampaikan ek? nak berkongsi sedikit tentang buku yang bertajuk “Bagaimana Menyentuh Hati” seperti yang telah dijanjikan dulu. Buku ni ditujukan kepada ANDA umumnya dan kepada yang ingin atau sedang menjalankan da’wah fardhiyah (da’wah 1 by 1 ) khususnya. Dikarang oleh Syaikh Abbas As-Siisiy berdasarkan pengalaman dan melalui pemerhatian beliau. Semasa melayari buku ini, terasa mudahnya untuk memikat hati-hati manusia. Namun, setiap matlamat memerlukan strategi. Sedangkan syaitan juga punyai strategi tersendiri untuk memesongkan aqidah keturunan Adam. Jadi, apakah strategi tersebut? Saya syorkan anda sendiri membaca buku tersebut untuk mendalami ilmu-ilmu hati ni.
Bukan mudah untuk membina individu Muslim. Memerlukan tempoh masa yang panjang dan kesabaran yang teguh dalam diri. Rasulullah SAW berda’wah secara sirr (sembunyi) 3 tahun lamanya. Selama baginda berda’wah 13 tahun di Makkah, cuma 313 orang sahaja yang menjadi pengikut baginda. Tapi, pengikut-pengikut baginda bukan calang-calang, aqidah mereka mantap. Masha Allah. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi baginda SAW untuk menegakkan yang Haq. Saya yakin sentuhan dari hati ke hati ni merupakan kiat yang sangat berkesan.
……………
Saya sedang menonton siri animasi Muhammad Utusan Terakhir. Tahniah kepada filmmakersnya kerana bisa menyentuh hati ini. Alangkah ruginya saya kerana dulu punyai masa lapang menonton animasi-animasi yang tiada misi dan visi. Tapi, usah kita memandang ke belakang. Mulakan lembaran baru.
…………
Posting di Accident & Emergency Department selain menambah ilmu perubatan, sedikit sebanyak mendidik diri saya untuk menghargai nilai kehidupan dan untuk sentiasa mengingati mati. Ya Allah, takut benar kalau nyawaku ditarik dalam keadaan aku masih lalai dan lupa tanggungjawab terhadapNya sebagai seorang hamba dan khalifah. Nau’dzubillah min zalik.
Sepanjang posting A&E, pengalaman yang saya takkan lupakan sepanjang hidup adalah pertama kali melakukan CardioPulmonary Resuscitation (CPR) ke atas seorang pesakit yang berusia 60-an yang pada waktu tu kalau tak silap hampir jam 11 malam. Sememangnya memerlukan tenaga dan sudah tentu saya dan kawan-kawan yang lain bergilir-gilir melakukannya. Jauh di lubuk hati, seboleh-bolehnya ingin bertahan untuk meneruskan chest compression walaupun masa +-30 minit diperuntukkan untuk CPR sudah berlalu. Innalillahi wa inna ilaihiraji’un..
CPR di dalam wad berbeza dengan CPR di kawasan yang tiada bekalan oksigen. Mouth-to mouth breathing diperlukan untuk membekalkan oksigen dalam situasi ini.
Anda juga boleh mempraktikkannya di saat-saat cemas. Bayangkan anda berhadapan dengan situasi sebegini di mana ditakdirkan seseorang tiba-tiba koma depan mata anda dan tiada seorang pun yang menyaksikannya selain anda. Dia amat memerlukan bantuan anda. Patutkah anda membiarkan dia begitu saja? Isk3.. Ada seorang student overseas yang membuat attachment dalam group saya, dia menuntut ilmu perubatan di Edinburgh, Scotland. Katanya yang berasal dari Palestin, mereka telah diajar untuk melakukan CPR sejak dari sekolah lagi. Wah, kagum! kagum saja tak mencukupi.
Aku terkejut mendengar cerita seorang sister ireland, sekarang menjalankan housemanship (HO) atau junior doctor di Malaysia. Katanya, sepanjang menjadi medical student, dia pernah mengambil darah pesakit (venepuncture) sekali saja. Aku? Bersyukur kerana diberi peluang praktis awal-awal. Banyak kali juga praktis dan alhamdulillah berjaya. Mula-mula memang tangan tu tak duduk diam, menggeletar keseraman terutama bila pesakit mengerang kesakitan. Tapi, alhamdulillah practice makes perfect.
Kelihatan Menara Taming Sari, Eye on Malaysia dan Selat Melaka. Kami berjalan-jalan meluaskan pemandangan mengisi masa cuti.
Ketahuilah, tidak akan berhimpun dua takut bila apa yang kau gentarkan ialah Dia yang Maha Satu.
Dikhabarkan di atas gunung sana kedapatan asap hitam dari unggun api. Rasanya panas membahang, apinya marak membakar.
Si fulan dengar dan tahu. Itulah ilmu yaqin.
Apabila keluar si fulan dari rumahnya dan melihat ya memang benar kedapatan yang berkepul-kepul di gunung sana. Itulah ainul yaqin.
Berjalan si fulan dari rumahnya ke gunung sana dan merasa ya memang benar asap itu panasnya membahang, apinya marak membakar. Itulah haqqul yakin.
Haqqul yakin memerlukan thoriq.
Thoriq (jalan) bagi haqqul yakin mengenal tuhan adalah dengan amal soleh. Itulah jalannya kepada tuhannya.
QS102. 7. dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin [1600]. [1600] ‘Ainul yaqin artinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.
P/s tulisan ini diambil dr blog seorang hamba Allah..jazakallah…
Assalamu’alaikum..
Perlukah aku bersorak gembira dengan cuti seminggu ini?? Alhamdulillah, seminggu atau sebulan (cuti maksimum) aku tetap bersyukur. Sekejap sangat macam tak puas, lama sangat boleh membawa kepada bosan kalau tiada pengisian yang seWAJARnya. Semoga masa lapang ini tidak membunuh kita. Kata Imam syahid Hassan al-Banna :
“….kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak dari masa yang kamu ada”
…………..
Baru-baru ini, kelihatan perang kecil berlaku di ym aku. Berlaku ketegangan di antara kawan-kawanku (mungkin aku saja yang beranggapan begitu). Bukan pertama kali, banyak kali. Namun kali ini benar-benar menyentuh aku. Tak tahu mengapa. Adakah aku terlalu sensitif? emo? Oh, kalau dulu mungkin tidak. Bukan kerana dulu aku tiada perasaan, aku malas untuk ambil peduli tentang semua itu, bagi aku itu cuma perkara remeh. Tidak lagi setelah aku mengenal erti sebuah UKHUWWAH. Segalanya bermula di sini. Aku mengenal seorang sahabat, seumur hidupku belum pernah berjumpa insan seperti dia, bagi aku dia ‘pelik’ tapi benar. Dipendekkan cerita, masa aku kenal dia di matrikulasi, aku tidak tahu apa itu ukhuwwah yang sebenar, malah dakwah fardhiyah pun aku tak tahu walaupun pada masa berkenalan dengan dia, dakwah itu rupanya sedang berjalan seiring dengan perkenalan itu. Masya Allah. Sesuatu yang segalanya telah diatur oleh Perancang Maha Hebat, Allah SWT.
Sebelum berpisah dengan dia, waktu tu selepas final exam matrik berakhir. Dia sering berpesan, “Liza, carilah kawan-kawan yang baik di sana nanti (Universiti). Ramai lagi yang lebih bagus daripada aku”. Aku tidak merasa apa-apa yang syahdu dengan kata-kata itu. Waktu tu aku pelik, kenapa perlu berkata begitu? Tak pernah-pernah pun aku dinasihat oleh kawan lain sebegitu rupa sebelum ini. Waktu itu aku merasakan pemikiran aku masih sempit, tak faham apa yang ingin di sampaikan, lambat matang kot, heh. Selepas beberapa tahun berpisah, baru paham. Pasti kalian juga mempunyai teman akrab bukan? teman yang saling bersama-sama, senang atau susah. Bagi aku dia teman yang memahami situasi aku, boleh bergaul dengan sesiapa saja, tudung labuh, singkat atau tak bertudung, tiada diskriminasi. Tak terasa nak bercerita lebih lanjut tentang dia. Boleh sampai berpuluh muka surat kalau aku terus bercerita. Pendek kata, dialah teman teristimewa walaupun melalui perkenalan yang begitu singkat. Semoga bertemu lagi.
……………
Sejak menjadi ahli usrah (masa 1st year di pengajian perubatan, UPM), waktu tu agak lambat juga. Menjadi ahli usrah secara tak langsung setelah diajak oleh kawan. Tak silap aku, waktu tu aku masih mentah lagi. Datang usrah pun, kadang-kadang boleh tertidur. Aasif kak Nida, bukan sebab bosan, tapi sebab masih belum ‘faham’. Barangkali kak Nida juga perasan kami begitu lambat! Tapi apa yang aku dapat dari usrah itu, amat besar nilainya. Sampai sekarang aku masih lagi ingat aktiviti-aktiviti yang pernah aku lalui sejak kak Nida menjadi murabbiyahku. (beliau sekarang di UK melanjutkan pelajaran dan bakal menunaikan haji bersama keluarga). Semoga memperoleh haji mabrur, ameen..
……………
Sehinggalah kini baru aku mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pesan teman aku itu tadi. Aku mengenali ramai kawan yang baik-baik, bagus-bagus sepanjang aku mengenali usrah dan setelah aku mengetahui maksud ukhuwwah islamiyah (link best) yang sebenar. Rupa-rupanya ukhuwwah itu benar-benar indah jika segalanya kerana Allah. Walaupun kita tidak berkesempatan untuk mengenal semua orang dengan rapat, namun kita merasakan kemanisan ukhuwwah itu dengan menganggap semua kawan-kawan kita itu ialah kawan rapat kita.
Terjemahan hadith arba’in ke-13
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tentu kawan-kawan masih ingat lagi dengan petikan ayat al-Quran di bawah:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”(Ali-Imran:103)
Berbalik kepada perkara yang ingin disampaikan. Tentang kejadian yang berlaku di ym, membuatkan aku rasa terpanggil untuk menaip di sini. Wahai kawan-kawan, mengapa perlu bertengkar dengan jeritan-jeritan (shout) begitu? Seolah-olah aku yang merasa perit terkena tajamnya ‘jeritan’ itu. Aku bukanlah seorang yang mampu memuaskan hati semua orang. Mereka semua kawan-kawanku, saudara seIslamku. Maafkan aku andai teguran membuatkan kawan terasa kecil hati (tidakkan?). Aku berharap kawan-kawan semua saling menyokong satu sama lain, bantu-membantu dan nasihat-menasihati. Jangan putus asa. Bukan apa, satu perkara yang boleh melemahkan ikatan ukhuwwah kita adalah..
“lidah walaupun tidak bertulang, tapi bisa menjadi lebih tajam daripada pisau”
Ada seorang kakak ni, pernah bertanyakan padaku tentang apa yang lahir dari fikiranku sejurus bangun daripada tidur. Ops, selain doa bangun tidur (tu pun kalau aku baca) dan solat subuh, apa ya? Dia berpesan, selalulah mengingati ummat. Rasulullah S.A.W sebelum wafatnya baginda, 3 kali menyebut ummati. Terus rasa hiba lahir dalam diri, saya sayang kawan-kawan saya!
Marilah kita sama-sama berubah kepada yang positif. Kadang-kadang kita tak perasan kita sudah mengecilkan hati kawan-kawan kita sama ada depan-depan atau belakang-belakang.
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada DIRI MEREKA SENDIRI.“ (Ar-Ra’d:11)
Assalamu’alaikum wbt..
Aku bakal menghadapi peperiksaan akhir untuk Paediatric Posting minggu depan. Doakan yang terbaik untukku. Walaupun ujian posting sebelum ini tidak berapa bagus, berbanding dgn teman-temanku yg sering bersamaku namun aku tahu itu yang terbaik untukku. Menguji sejauh mana keikhlasanku dalam menuntut ilmu, adakah kerana exam semata-mata atau kerana Allah. Aku sudah berusaha apa yang aku termampu. Buat sehabis baik. Aku tidak akan berputus asa walaupun aku pernah tergelincir sebelum ini.
Bila exam menjelang, tentu aku akan merasa debarannya. Sangatla menakutkan. Aku tidak takut pada exam MCQ (multiple choice questions) dan essay, sebab aku boleh tulis saja apa-apa yang aku tau, terfikir dan apa yang Allah berikan petunjuk secara terus waktu exam tu. Tapi yang paling aku takut, adalah exam clinical. Di mana, aku berhadapan dengan 2 orang pemeriksa yang memerhatikan aku, professionalkah aku dalam mengendalikan kes pesakit yang dipertanggungjawabkan itu. Waktu itu, nasib aku berada di tangan pesakit dan juga Doktor Pakar yang mengendalikan peperiksaan itu. Hanya dengan rahmatNya jua aku berharap.
Pernah dahulu aku berkata pada ibuku. “Mak.. kalau bukan sebab mak, tentu awak( =saya dalam dialek Minang) malas baca buku, tak nak terus belajar lagi”. Aku menangis sepuas hati. Waktu tu aku tak sengaja.. terlepas kata, barangkali adalah kerana periksa dah dekat, namun banyak lagi yang belum aku cover. Sungguh tepu kepalaku, tapi tidak pasti tepu dengan apa.. Ibuku tetap memberi semangat pada aku, dia tidak menangis. Alhamdulillah dia tidak menangis, kalau tidak bermakna kata-kata aku itu tadi telah menghiris hatinya, bermaksud aku telah mengecewakannya. Aku tidak ingin menjadi anak derhaka yang hanya menempah azab seksa. Na’udzubillah min zalik. Sepatutnya aku perlu mengikhlaskan hati untuk mencari butir-butir ilmu yang berharga ini kerana Allah SWT. Ighfirli ya Rabb.
Sedar akan kesusahan hidup keluargaku, aku berazam untuk tidak mengungkapkan kata-kata sedemikian lagi. Ibuku tidak patut mendengar keluhan sebegitu. Aku tekad, untuk tidak akan berputus asa lagi. Oleh itu, aku sering mengungkapkan kata “semangat” untuk diri sendiri. Ibuku, dia tidak pernah putus mendoakan aku, untuk anak yang telah dibesarkannya selama 22 tahun ini. Masya Allah. Tak dapatku balas jasamu Ibu, RATU qalbu ini. Buatmu,
Jarang sekali sekarang ini aku menerima ucapan salam dari kawan-kawan. Tapi Alhamdulillah, ada juga kawanku yang tidak pernah putus memberi salam tiap kali berjumpa. “Peace be upon you”, versi English. Alangkah bahagianya aku andainya sahabat-sahabat memberi salam di mana saja tanpa mengira tempat, kecuali tempat-tempat yang dikecualikanla. Hal ini berbangkit sebab pernah suatu hari ketika berjalan dan bertembung dengan sahabat, lalu dia terlebih dahulu memberi salam padaku. Belum sempat untuk aku melebarkan senyuman padanya, terpaksa aku pause seketika untuk mendahulukan kepada menjawab doa yang telah dipohonnya. Masha Allah, satu lagi tarbiyah untuk diriku. Hidup ini perlu ada prinsip “Give and take”. Sebab bukan kita seorang saja yang ingin menjadi baik, nak rebut jannahNya. Kita nak juga orang lain turut serta bersama-sama memilih jalan kehidupan menuju redhaNya. Di mana jalan redhaNya? Muhasabah kembali matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk menyembah Allah SWT dan menjadi khalifah untuk menegakkan panji-panji Islam di muka Bumi.
Jangan kita menyangka amal yang kita lakukan selama ini sudah cukup. Ingatlah, satu hari di akhirat bersamaan berapa tahun di dunia, ratusan? ribuan? lama tu. Kalau pengakhirannya baik, sangat beruntunglah tapi kalau sebaliknya, wallahua’lam. Dan lagi, kalau nak di kira umur kita di dunia, purata umur dalam 65 tahun. Amal sahaja tak menjanjikan untuk kita mendapat tempat terbaik di akhirat, kerana amal pun dahla kurang malah belum tentu di terima Allah. Tapi kita perlu ingat Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, masih ada lagi talian hayat yang di berikan pada kita iaitu syafaat dan rahmatNya. Allahu Akbar. ENGKAU sangat memahami diri insan ini. Yang sering alpa dengan keindahan dunia, walhal keindahan di ’sana’ tidak dapat dibayangkan dengan mata-mata ini. Sesungguhnya, sesuatu yang ghaib untuk aku membayangkan keindahan itu, tidak aku termampu. Hanya rasul junjungan kami, Rasulullah SAW pernah melihat perkara ghaib seperti itu. Lalu disampaikan berita gembira itu kepada kami. Ya Allah, terimalah taubatku. Sesungguhnya, aku insan kerdil lagi hina. Tanya diri sendiri, mahu pilih jalan yang lurus atau jalan buntu?, dan berusahalah ke arah kebaikan itu nescaya Allah bersama-sama orang-orang yang berada di jalan kebaikan.
“Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana” (Al-Anfal: 63)
Aku sedang membaca artikel “Bagaimana Menyentuh Hati” atau dalam bahasa Arabnya “at-Thariq ila al-qulub” oleh Abbas as-Siisi. Aku ingin sekali membacanya kerana sebelum ini aku hanya mendapat intipatinya saja melalui “mabit” di surau al-Ansar bersama-sama rakan-rakan dari U lain. Ada masa nanti kita kongsi, InshAllah
Memandangkan, entry kali ini berbaur hati, jadi aku ingin berkongsi lirik lagu bertajuk Rabithah by Izzatul Islam. Hasil gubahan dari doa Rabithah (the bond) yang sering kita baca dalam al-Ma’thurat, pagi dan petang. Kalau mendengar sambil menghayati, lagi masyuk..maaf, tak dapat nak upload lagu di sini.
Mari hayati liriknya,
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
Assalamu’alaikum wbt..
Sabtu lepas, aku menghadirkan diri ke seminar anjuran KHIM. Best! tp penutup seminar, aku terpaksa melarikan diri, huhu.. sedih juga tak dpt join workshop led by Prof Dr Omar Hassan Kasule. salah aku la, tak mengatur perjalanan aktiviti harian dgn berkesan. Beliau antara presenter yang menarik perhatian aku dgn tajuk kuliahnya: Islamic Medicine “The Misunderstood Concept” dan Medical Ethics “A Re-look From Islamic Perspective With Reference to Maqassid As Shariah. Selain cara penyampaian yg bagus, tajuk yg disampaikan juga memberi kesan dan inshAllah sy akan mengapplikasikan apa yg telah dipelajari.
Menurut beliau, Islamic Medicine is defined as Medicine whose paradigms, concepts, values and procedures conform to or to do not contradict the Quran and Sunnah. Katanya lagi, pengetahuan yg dihasilkan melalui penyelidikan seharusnya dimulakan dgn kita, bukan hanya menggunakan hasil akhir pengetahuan itu sendiri. tak faham ke? kiranya mcm ni la, kita harus menjadi pemula, perintis bukannya mengambil hasil kerja org lain. Teringat pulak masa di matrikulasi. Buat tutorial last minute, last2 terpaksa pinjam hasil kerja Prema dan Lye Sing Ie (tak reti nak eja), my ex roomate, agak kekok sedikit sebab tak pernah2 sebilik dgn non-muslim. Seronok gak buat kerja2 tutorial mcm tu, compare kerja sendiri dgn 2 org kwn ni dan bincang soalan2 sukar. Hasilnya, aku sendiri yg tau.. huhu.. Kesimpulannya di sini, Islam is universal, syumul bukan setakat buat ibadah2 fardhu. Benda lain pun kena diIslamkan kerana Islam adalah cara hidup kita yg sebenarnya.
Ketika sedang khusyuk mendengar kuliah, seorang kawanku menimbulkan satu usul. “Liza, aku ada kenal seorang Dr ni, nak tak nanti kita kerja bwh satu bumbung dlm hospital mcm tu?” oho.. bagus jgk tu, kata aku. namun perancangan yg hebat mcm ni, perlukan usaha yg hebat jgk dan semangat yg berterusan. Life is struggle!
Aku mengambil kesempatan pula utk mengingatkan junior medic ku, tentang usaha dakwah kita sebagai pelajar perubatan. Memandangkan kami berurusan dgn public hampir setiap hari, jadi jalan yang dah tersedia luas tu, haruslah digunakan sebaiknya utk membantu Rabb kita. Kita boleh menjadi medium utk usaha itu dgn menjadi clock reminder pada mereka tentang solat, rukhsahnya iaitu jamak ketika sakit. Next week kalau tiada halangan akan ke program ibadah pesakit, junior anjurkan collaborate with UIA students. Bukan pertama kali dianjurkan, sebelum2 ni pn pernah tp ini first time di Faculty of Medicine, kalau tak silap. salah betulkan..
Aku di bawa berjalan2 sekitar Putrajaya. Pergi dgn org lain, balik pula dgn org lain. Tak mengapala, kawan ku terlebih dahulu meninggalkan auditorium atas urusan lain, jadinya aku diajak Arifah utk bermalam di rumahnya sehelai sepinggang. Sebelum ke rumahnya, kami sempat berborak mcm2. Yang pastinya, bukan borak kosongla. Sementara menunggu adik2nya di Alamanda. Kalau tak silap dah hampir pukul 12mlm.. ish3x.. Buat apa kat situ. Shopping complex tutup pukul 10 kan? Esok harinya, hr Ahad aku pula memulakan bicara. “Kalau tgk Putrajaya ni, teringat bandar Dubai”. ” Owh, aah, contoh yg sepadan” dia pn bersetuju dgn aku. Cantik memang cantik, tapi… anda sendiri tahu mengapa. Selalu jgk tgk Langkah Mawi ke negara belah sana. Kerana harapanku, dpt ke Middle East suatu hr nanti..
Hp ku berbunyi.. ada msg.. ops, dr Ananthan & family.. Salah nombor kot.. Aku tak menyambut Deepavali pun. adeh. ku fikirkan kwn ku yg nakal htr msg..
Ibuku dah menelefonku, suruh balik! baiklah.. Aku ingin pulang ke rumah walau hanya utk beberapa jam sj, sbb malam ini ada jemputan open house ke rumah Prasath, my coursemate. Last year tak dpt pergi, inshAllah mlm ni.. Apa salahnya berziarah kan..
Ok, semangat2kanlah diri anda..
O Allah, remove the difficulties, calamities and oppression against Muslims wherever they are and protect them and bestow lasting peace upon them. Aameen
Salam eid mubarak,
Nak upload nazam al-Quran, tp tak dapek den nolong.. inshAllah nnt.. jenis khat apa ea ni.. kufi? aisey, lupa2
Dikesempatan ini, sy ingin memohon kemaafan dari kawan2 yg mengenali diri ini, secara terus atau maya sekalipun.. sekiranya diri ini pernah berkata, bersikap atau bertindak secara kasar, maaf ZAHIR & BATIN.. walaupun ada yg berkata, zahir je, batin takdelah.. huh, zahir maksudnya jelas, terang2 kita membuat kesilapan, tp batin tu tersembunyi = kita tak nampak.. na’udzubillah.. manusia tidak dpt lari dr melakukan kesilapan..Aasif!
Teringat pd hari terakhir aku meng’khatam’kan KitabulLah, al Quranul Karim.. pd bacaan juzuk ke-30, terhenti seketika bacaan itu. tapi mindaku giat berfikir, hatiku sebak. Aku berfikir apakah selepas ini aku akan berusaha sepertimana aku menguatkan diri utk beribadat sepanjang Ramadhan?? walaupun ketika aku diserang selesema (common cold atau saintifiknya coryza)?? yg ketika itu tetap bertungkus lumus. Rasa sedih bila Ramadhan meninggalkan diri ini namun tidak ada kata berhenti untuk berbuat kebaikan. Sungguh, ‘dia’ umpama guru yg mengajar aku supaya tekun dan kuat. Walaupun terpaksa berulang-alik dr serdang ke kg baru, tp alhamdulillah aku kuatkan juga semangat utk hadir ke kelas (venue kelas diputuskan last minute, bergantung pd Dr). Agak sedikit terkecewa bila waktu tu da sampai KL, baru 10 minit duk berehat nak ilangkan penat, tiba2 dpt call Dr nak ubah kelas di serdang. lagi menghampakan bila aku sendiri yg arrange bas utk balik, whoa, waktu tu berderai la bercucuran mengenangkan nasib badan, ceh.. baru sikit ujian tu.. Alhamdulillah, rupanya ada hikmah disebaliknya.. dpt berbuka puasa di rumah dgn abang2 dan emak.hi.. pastu ayah pulak yg hantar pi serdang balik. ish3..
Rasulullah bersabda:
“Ertinya : Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa.” (H.R. Muslim)
Besar betul ganjaran yg diperoleh kalau buat puasa 6 ni.. hmm.. tepuk dada tanya iman.. tak susah mana pun kalau nak dibanding dgn ganjaran yg jauh lagi berbaloi. heh.. yg penting niat dlm diri ikhlas kerana Allah Ta’ala. Tak sabar nak puasa 6, ganjarannya ibarat berpuasa sepanjang hari sementara menunggu Ramadhan yg akan datang, kesempatan yg ada jgn dilepaskan begitu sj di depan mata. Terubatla rasa sedih, resah gelisah di hati bila menonton forum, halaqah and program Bersama Dato’ tentang puasa 6 ini selepas tahzan mengaji, huhu.. “Allahumma ballighna Ramadhan”
Ops, pada yg puasanya tak cukup sebulan tu, segerala mengqada’kannya ye.. jgn smp da sya’ban, baru berlumba2 nak ganti.. eh, terasa ke? hoho.. aasif~
wassalamu’alaikum wbt..
Assalamu’alaikum wbt..
Fwd email,
Anatomy is part of Basic Pre-clinical knowledge that every medical
students will have to learn and “remember” and pass the subject before one can proceed further in Medical School. True that what must be learned and remembered differs from one school of medicine to the others and hugely dependent on the Anatomy Lecturer. Overall it is seen as a boring, dry and dull subject but it could be the most exciting subject that one ever learn in medical school. I learned anatomy more than 20 years ago and it was initially a very very dry and so hard to learn. But my batch and I were the lucky ones when we got an outstanding and “super” excellent Anatomy Professor that really turned the subject around. So much so from failing badly in my first Anatomy test to passing with distinction. More so, as Muslims when we learn it with
appreciation and wonders of Allah’s most wonderful creation - “human being”.Of course one does not need to learn and remember in such great details certain part of the body such as all muscles of the back or the larynx but if you intend to be a surgeon one day certain part of the anatomy has to be learned and memorised in details. The approach; technique; applications and different methods of memorising e.g using mnemonics again varies greatly and this is not the forum for that. BUT I AM SURE ALL THOSE SURGEONS AGREED THAT YOUNG MINDS AND BRAINS ARE SO MUCH DIFFERENT!!! When you try to ‘RE-LEARN’ again during your post-graduate training, the effort required is so much, much more that if you have missed learning Anatomy well during student years I doubt you will be able to learn it as well again. So to all Medical Students use your young minds to learn and memorize as much as possible not only Anatomy but all other basic sciences e.g Physiology, Biochemistry and if you always relate and appreciate that to how wonderful this human being created by Allah s.w.t you will remember them very well.
Breast & Endocrine Surgeon..
Aku seringkali menerima nasihat daripada org yg lebih dulu merasa masinnya garam. Semalam, setelah mendengar kata2 ‘pakar motivasi’, hatiku berkata, betul jugak, kenapa aku tak berfikir sampai ke situ. Mungkin aku kurang berfikir secara jauh, sebab selalunya aku akan menoktahkan perkara yg ‘remeh’ terlalu awal. Lepas ni, kena berpandangan jauh.. =)
Beliau merupakan adik ipar kpd Dr aku sendiri, huh.. Dr Yusuf, mcm mana boleh kata xkenal, Dr sendiri, isk3.. Takpe, next time boleh jumpa Dr Yusuf masa community posting nnt. Berjiran rupanya dgn ipar dia. Katanya, keadaan aku skrg mcm Dr tu ms zmn medical student, mungkin lepas ni aku akan ikut jejak langkah dia, who knows.. inshAllah, semuanya andai Allah izinkan.. man jadda wajada..
Ok, case write up n CFUP sedang menanti, selamat menempuh 10 malam terakhir… to be continued..
Wassalamu’alaikum
Assalamu’alaikum wbt..
Kali ni teringin nak berkongsi kisah, tp bukan kisah diri penulis. Sebuah kisah romantik yg terdapat dlm kitab yg menjadi pegangan, panduan hidup umat sejagat, al-Quranul karim. Ada ke unsur2 romantik dlm Quran?? Ada, sila rujuk surah Yusuf.. apa yg romantiknya?? dlm surah ni Allah nak tunjuk dan mengajar cara utk ber’romantik’. sudah tentu kitab yg menjadi panduan ni meliputi semua perkara, dr hujung rambut ke hujung kaki, dr individu sampailah ke peringkat membentuk kerajaan, membentuk ustaziatul alam..’ustaz kepada alam’
Dlm surah ni, menceritakan kisah nabi Yusuf dr kecil hingga dewasanya. Ayat2 yg romantik tu sebenarnya, cerita mengenai nabi Yusuf yg digoda oleh Zulaikha..
Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di
rumahnya menggoda dirinya untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup
pintu-pintu, seraya berkata: “Marilah ke sini.” Yusuf berkata:
“Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku
dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan beruntung.
Sesungguhnya wanita itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf). Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya.
Demikianlah, Kami palingkan darinya kemungkaran dan kekejian.
Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih. (Yusuf: 23-24)Bila perhati n fahami betul2 ayat ni, mcm tak romantik pn. Tapi benarlah, ayat ni boleh dijadikan panduan pada kita. Menolak sesuatu perkara yg dilarang, memerlukan tahap keimanan yg teguh. Dan Allah tidak menceritakan kisah2 romantik seperti yg terdapat dlm novel2 dipasaran skrg, yg boleh melalaikan pembaca (pernah bc beberapa novel alaf). Novel Ayat2 Cinta dianjurkan.. novel pertama yg betul2 memberi inspirasi.
Kawan pernah cerita yg lelaki sgt mudah tertarik dgn wanita, even melalui suara pun. Apatah lg pd perempuan yg mendedahkan aurat mereka. Kasihan kaum Adam. Demikianlah, sbg wanita muslim, nak redha Allah nak bantu kurangkan dosa lelaki ni,he.. ikutlah panduan yg ditetapkan, jagalah aurat..InshAllah terjaga peribadimu..
alright, will be continue… thanx pd sisters yg byk bersabar pd diri ni.. sesungguhnya sabar sebahagian dr iman.. wassalamu’alaikum wbt..
Assalamu’alaikum wbt..
Intro ckit. sekarang ni, dah 4 tahun aku berkecimpung dalam dunia perubatan. macam tak percaya, tp bukan sesuatu yg pelik pn. dah seminggu posting obstetric & gynaecology, hurm, posting yg berkenaan dgn mostly pesakit wanita, ada ke lelaki? haha. setakat ni tak nampak lg r..rujuk cni utk maklumat lanjut –> O&G
Walaupun sibuk ke kelas teori, namun praktikal juga tidak dilupakan, sebab every week kena submit case write up, so kena masuk ward dan clerking.. huhu.. hr khamis, 10/7/08 ada night duty, so sbg pelajar yg bertanggungjawab inshAllah, aku pun berada tepat pukul 5 ptg menunggu di ruang legar labour room. kami mendekati HO (houseman) dkt situ, HO ni kira Dr yg baru grad la, lepas 2thn HO, baru MO= medical officer. satu lg pengalaman yg menakutkan. aku menyaksikan seseorg yg bergelar ibu bersusah payah bertarung nyawa utk melahirkan anaknya. begitu besar pengorbanan seorg ibu. dari melahirkan, menyusukan siang n malam, membesarkan, mendidik n membentuk peribadi. memandangkan aku tak ada adik, tak pernah tgk susah seorang ibu, bila tiba pd kakak aku, baru aku tau.. ish, sedih bila terfikir mak di rumah. byk betul dosa yg aku lakukan terhadap mak, hingga sekarang walaupun ditegah tp degil. oleh sebab itu, aku sering mengingati semula ayat Allah yg menyuruh aku berbuat baik pd ibubapa. aku sering terlupa. yg mengingatkan aku kembali, ialah mak. hati ini tersentuh bila mendengarkan nasihat mak setelah dibelenggu dan dikuasai musuh2ku.
”Dan
Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah
seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah
kepada mereka perkataan yang mulia” (al-israa’:23)Apa yg aku nak cite actually pasal hari semalam. memberi pengajaran pd aku tentang pentingnya utk ,mengelak drp berlaku cuai. semalam, sewaktu aku hendak pulang slps habis sesi clerking mencari case, sewaktu menanggalkan white coat. aku bercadang utk meletak hp di tepi dulu sementara tu dan selepas segalanya siap barulah hp dicapai. tapi, akibat kecuaian, aku terus berlalu pergi tanpa memeriksa kembali sekiranya ada barang tertinggal, ditakdirkan aku lupa waktu. setelah berjalan jauh sedikit dr tempat kejadian menuju ke lif, terdetik di mindaku, hp dah simpan ke blum, selalu simpan dlm begla kalau xde kocek, then i ask my colleague to call to my phone, but there was no vibration or tones. aku pun apa lg, terus berkejar ke tempat kejadian..
ditakdirkan dr jauh aku dpt memandang seseorang yg mencurigakn bergerak menuju ke wad bertentangan dgn wad di mana aku bertugas td namun aku takla attack satu kumpulan, ada lg satu geng yg aku suspect. tanpa was2 aku mendekati mereka yg bergegas menuju ke wad dulu, maybe my conscience. dari riak wajah mereka aku tahu merekalah yg mengambil hp. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan olehNya.. ‘pencuri’ yg ‘baik’. aduih, tgh bengang jugak waktu tu, nak je report. tak sempat lak nak tny sama ada ‘pencuri’ tu ada masalah kewangan ke apa, sbb tgh cemas n nak blk cepat.
”Laki-laki
yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai)
pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (al-maaidah-38)Sebelum tu pun aku dah penat berulang alik mencari buku yg tertinggal. actually tak tertinggal pn, tp kwn terambil. nasib dpt spot and mengagak sape2 yg terlibat. memang hari yg mendugakan. inilah yg dikatakan experience, sebelum ni xpnh ilang phone. tertinggal byk kali la.. *sigh*
Disebabkan masa yg tak mengizinkan, inshAllah, klu ada masa terluang, aku akan terus menaip.. case write up tak siap lg, budget nak siapkan pg ni. tp time ni semangat lak nak wat blog..
All da best utk kwn2 yg sedang berjuang.. igt aku dlm doamu..
wassalamu’alaikum..